Nuffnang Ads

Thursday, April 11, 2013

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan 
manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan

Lumrah manusia gemar mencetuskan perbalahan berbanding mencipta keharmonian.
Aku sendiri tak faham dengan golongan sebegini. 
Sekarang kecoh dengan isu kes belasah 'ketua tingkatan' di salah sebuah sekolah di Penang. Ramai yang dah tonton video tersebut dan pelbagai reaksi dapat dilihat namun hakikatnya mangsa kes itu bagi aku paling kesian sebab cuba melakukan sesuatu yang baik tapi menerima balasan yang amat biadab. 
Memikirkan kita berada dalam dunia akhir zaman menyebabkan aku berfikir sejenak...benarlah kata para ulama' bahawa dalam dunia akhir zaman, manusia tidak lagi malu melakukan kemungkaran, kemaksiatan dan kejahatan. Sebaliknya mereka lebih malu melakukan kebaikan. Pelajar zaman sekarang juga terlalu berbeza aku kira dengan pelajar zaman sebelum ini. Mungkin pengaruh media masa kini yang menjadi faktor menyumbang kepada keruntuhan akhlaq dan kebejatan sosial masa kini.
Apakah sistem pendidikan masa kini menyumbang kepada keruntuhan masalah ini? pelbagai jawapan yang dapat diutarakan tetapi sejauh mana tindakan kita sebagai yang digelarkan masyarakat prihatin ini menangani masalah-masalah ini?
Sama-sama kita fikir dan renung2kan....

No comments:

Post a Comment