Nuffnang Ads

Friday, May 17, 2013

Salam Jumaat...
Penghulu segala hari.......
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum aku melangkah kan kaki ke kampus Terengganu untuk kursus selama 6 bulan yang aku harus lalui.....
Macam2 perasaan yang aku rasakan.....macam2 perkara yang aku fikirkan....
mampukah aku lalui dengan baik?
bolehkah aku menjadi orang yang lebih baik?
dan macam2 persoalan lagi.....
takut, gementar, seram, sedih,gembira semuanya bercampur aduk....
Hari ini pula merupakan hari terakhir aku bekerja sebelum aku berkursus...
Aku telah ambil cuti selama seminggu sebelum aku memulakan sesi pembelajaran di tempat baharu....
Agak sedih untuk aku tinggalkan tempat yang penuh kenangan ini...
macam2 yang aku lalui.....tapi alhamdulillah....
Hampir 3 tahun disini cukup mengajar erti kesabaran serta keikhlasan dalam melakukan apa jua tugasan...
Meskipun terpalit kenangan pahit...tapi aku besyukur dapat lalui dengan baik..
Aku bersyukur kerana masih ada insan di sekeliling yang memahami keadaan dan situasi aku ketika itu...
Meskipun perit, aku tetap redha...aku yakin ujian itu Allah berikan kepada aku untuk melihat sejauhmana kesabaranku ketika itu...
Memang mengikutkan kata hati aku nak lawan...tapi aku masih ada pedoman...
Pesan arwah mak...'biar orang buat kita, jangan kita buat orang'....
InsyaAllah....anak mak ni sentiasa ingat pesanan mak tu....
Rakan2 seperjawatan, bos2 yang banyak membantu dan pengarah bahagian yang sentiasa mempercayai kebolehan aku.....
terima kasih atas tunjuk ajar kalian....
Hanya Allah yang dapat membalas budi baik kalian.
Buat insan yang pernah mengguris hati dan perasaan...
kalian telah aku maafkan.....
Bagi yang ada terasa pula...ku pohonkan kemaafan...
Biarlah kita bersederhana dalam apa jua....
Asalkan tidak mengguris hati sesiapa.....

Thursday, May 9, 2013



Sesuatu barangan itu bernilai bukan sangat kepada barangan, tetapi keadaan menentukan nilainya. 

Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam keadaan biasa, namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai kapai kelemasan. 

Demikian juga sebotol air minuman, mungkin nilainya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa. Tetapi ia akan mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir. 

Demikianlah pahala tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat, yang semua tiada bernilai melainkan pahala. 

Oleh kerana semua kita sedang menuju ke sana, maka kutiplah apa yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada saudaramu.




Memikul amanah menjadi khalifah di muka bumi ini sememangnya tuntutan yang amat besat buat kita semua...
Sedangkan sekumpulan mahu pun dalams satu keluarga pun kita tidak berupaya untuk memimpin, bagaimana mungkin kita mahu memimpin sebuah kumpulan yang besar? Sesuatu yang sukar tetapi perlu dilakukan kerana dalam apa jua keadaan kita tetap perlu menjadi pemimpin....

Pemimpin kepada diri sendiri sebelum menjadi pemimpin keluarga dan masyarakat...Pengalaman aku sendiri melihat begitu banyak keluarga yang hancur hanya kerana tidak mempunyai nakhoda yang bijak mengemudi bahtera tersebut......Ilmu perlu ada di dada sebelum memulakan pelayaran....Tak kira apa jua bentuk halangan yang akan ditempuhi sekurang-kurangnya akal yang diberikan dapat digunakan dengan sewarasnya.....

Tidak ada seorang manusia pun yang terlepas daripada melakukan kesilapan...begitu juga diriku....Namun, kita hanya mampu merancang dan Allah juga lah sebaik-baik perancang......Aku sendiri akui banyak lagi khilaf aku yang sama ada secara sedar mahu pun tidak aku lakukan.....Tetapi...aku akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk melakukan yang terbaik dan berusaha agar paling tidak aku dapat elak daripada menyakitkan dan mengguriskan hati orang lain.....

Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat ilahi................

Tuesday, May 7, 2013

Salam Selasa.....

Kurang 2 minggu dari sekarang aku akan tinggalkan tempat ni untuk menjalani latihan selama 6 bulan....
Allah hu Akbar.....am I prepared mentally n physically?huhuhu....
Entahlah...aku sndr pn x yakin.....
Harap2nya aku berjaya lalui dengan baik...InsyaAllah.....

Kebelakangan ni aku rasa sedikit sedih melihat sesama bangsa bergaduhan dan bercakaran..
Hanya kerana perbezaan ideologi politik.....
Suami Isteri bermasam muka, anak dan ayah tidak bertegur sapa.....
Adik beradik pun berbalah sesama mereka....
Allah....semoga Kau bukakan pintu hidayah buat mereka.....
Biarpun berbeza ideologi politik...jangan sesekali kita gadaikan hubungan dan ikatan yang telah terjalin...
Sepatutnya kita lebih bersikap terbuka untuk menerima dan mendengar pandangan daripada orang lain..
Aku sendiri tidaklah terlalu gemar dengan politik yang melampau...
Sedari dulu....Nabi junjungan kita juga menggunakan medan siasah ini untuk menyebarkan agama Allah...
Namun kini, ramai yang menggunakan agama Allah ini dengan niat dan tujuan yang kurang baik...
Memperlekehkan agama serta penganutnya....
Sedangkan dalam ajaran mana-mana agama pun tidak menuntut penganutnya untuk berbuat jahat serta bercakap perkara yang tidak baik kepada orang lain...
Harapan aku semoga Negara ini kekal aman....
Nasihat Ustaz Don yang paling aku suka adalah..."Bila berlaku perbalahan/konflik dan sebagainya baliklah kepada Allah dan rasul..."
Semoga lebih ramai yang sedar akan perkara ini...Biarlah negara kita kekal harmoni dan kita semua bersatu menjunjung agama Allah yang tiada tolok banding nya ini...
Allah hu Akbar.....