Nuffnang Ads

Monday, October 13, 2014

Macam-Macam...

Salam Isnin...

All this while I've been in many situations...pelbagai ragam dan karenah yang pernah dilalui...
Pelbagai watak dan gaya yang aku jumpa.....Macam2 watak juga yang aku mainkan dalam cuba menjadi sebaik mungkin hamba Allah untuk membantu orang lain yang memerlukan. Seorang anak, emak, kakak, ibu saudara,adik, sahabat, perunding masalah dan macam2 yang aku jadi demi utk membuat insan d sekelilingku gembira dan bahagia....
Aku sendiri pernah melalui bagaimana pedihnya bila insan yang ku sayang di ambil orang lain... peritnya bila ibu yang jadi tempat bergantung selama ini pergi meninggalkan kami...kecewa bila insan yang dianggap sahabat mengkhianati.....Namun itu lh ragam dan rencah kehidupan yang harus dilalui demi mematangkan kehidupan.Aku bersyukur kerana dapat melalui semuanya dengan tenang dan sabar.

Namun....apa yang berlaku semenjak dua ini hampir menipiskan tahap kesabaran yang ada....belum pernah terlintas dalam hati ini ingin memegang watak sebagai perampas pula...Jauh sekali mengganggu rumah tangga insan lain....Tetapi berdepan dengan manusia yang hipokrit ini memang hampir menjadikan aku hilang kesabaran. Di saat2 sebegini aku masih bersyukur kerana pesan arwah ibu sentiasa tersemat dalam hati dan ingatan. Biar apa jua yang orang buat pada kita, jangan sesekali terlintas dalam diri kita untuk membalasnya. Cuma berdepan dengan manusia2 yang kurang memahami ini menjadikan aku dalam dilema...Daripada niat nak bantu terus aku lupakan sahaja. Mungkin tekanan hidup menjadikan mereka begitu. Aku maafkan apa jua yang mereka katakan tentang diriku. Aku belum terdesak mencari pasangan untuk menemani hari2 yang berlalu. Aku tidak terdesak untuk berteman kerana aku sentiasa dikelilingi mereka yang menyayangi aku.

Segala maklumat peribadiku di godam sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam hati ini tetap aku tahan. Kalau di ikut rasa hati pasti insan tersebut telah menemui padahnya kerana bermain api dengan aku. Justeru, aku mohon jangan diganggu kehidupan aku. Be happy with ur life n plz dont create stories about me. U know who u are....Aku tidak menyimpan segala bukti kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa jua....So, just plz get lost...Respect people if u wanna get respect from others...

Tuesday, April 1, 2014

PERISTIWA DISEBALIK APRIL FOOL...

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’ menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Ketahuilah Islam dibawa ke Sepanyol oleh sahabat Nabi s.a.w. :Tariq binZiyad r.a. bersama bala-tentara paraMuslimin(sahabat r.ahum) Mereka berdakwah kpd Kafirin di Spanyol dan Islam tersebar ke seluruh Spain.Menjelang masa… orang-orang baratKristian/Yahudi kurang senang dgn kemajuan Sepanyol dari segi sains dan ilmu. Ketahuilah bahwa Universiti pertama di dunia dibina oleh kaum Muslimin di Sepanyol !!
Maka mereka sering menyerang Sepanyol tetapi gagal kerana iman dan amal kaum Muslimin begitu teguh sekali. Mereka selalu ikuti ajaran2 Al-Quran. Islam kata solat mereka solat, tutup aurat mereka pakai tudung, tidak berzina dan minum arak. Kerana itu bantuan Allah sentiasa bersama kaum Muslimin di Sepanyol. Maka setelah beratus tahun lamanya..Muslim Sepanyol mulalah lemah. Orang barat tahu selagi kaum Muslimin ikuti ajaran Al-QurĂ¡n mereka tiada boleh takluki Sepanyol. Maka mereka hantar arak secara percuma ke Sepanyol..wanita2joget(belly dancers), menyebarkan cara pergaulan bebas dan sebagainya. Lama-kelamaan kaum Muslimin termakan juga tipu daya barat itu. Ramai antara muslimin/muslimat kaum muda Sepanyol terpengaruh dgn ala cara hidup barat hingga minum, zina dan sebagainya. Mereka terlalai dgn maksiat dan lupa pd Allah swt. Di saat-saat inilah bila Muslimin Sepanyol telah lemah maka tentera Barat serang Sepanyol dan akhirnya menang dan menakluki Sepanyol setelah Islam di Sepanyol selama 600 – 800 tahun. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol(the Moors ) terpaksa berlindung didalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini,diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapalyang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya: ( 1 April ), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka(muslimin)juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya,lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.Hanya gema takbir dan tangisan yang kedengaran namun tiada siapa yang terselamat. Granada jadi medan darah umat Islam sehingga laut berwarna merah darah. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. sebagai Umat Islam,adalah tidak wajar sama sekali untuk kita meraikan hari yang meninggalkan kenangan berdarah buat umat Islam Sepanyol. Semoga kita semua mengambil itkibar dari peristiwa ini dan tidak terikut-ikut dalam meraikannya. Dalam keadaan negara kita dihujani pelbagai ujian, ingatlah bahawa Allah SWT sedang menguji sejauh mana kita mengingatiNya. Kembali lah kepadaNya selagi masih ada waktu dan kesempatan kerana tatkala israfil meniup sangkakala pasti tidak ada seorang pun dari kita yang mampu terlepas dariNya.