Nuffnang Ads

Monday, October 13, 2014

Macam-Macam...

Salam Isnin...

All this while I've been in many situations...pelbagai ragam dan karenah yang pernah dilalui...
Pelbagai watak dan gaya yang aku jumpa.....Macam2 watak juga yang aku mainkan dalam cuba menjadi sebaik mungkin hamba Allah untuk membantu orang lain yang memerlukan. Seorang anak, emak, kakak, ibu saudara,adik, sahabat, perunding masalah dan macam2 yang aku jadi demi utk membuat insan d sekelilingku gembira dan bahagia....
Aku sendiri pernah melalui bagaimana pedihnya bila insan yang ku sayang di ambil orang lain... peritnya bila ibu yang jadi tempat bergantung selama ini pergi meninggalkan kami...kecewa bila insan yang dianggap sahabat mengkhianati.....Namun itu lh ragam dan rencah kehidupan yang harus dilalui demi mematangkan kehidupan.Aku bersyukur kerana dapat melalui semuanya dengan tenang dan sabar.

Namun....apa yang berlaku semenjak dua ini hampir menipiskan tahap kesabaran yang ada....belum pernah terlintas dalam hati ini ingin memegang watak sebagai perampas pula...Jauh sekali mengganggu rumah tangga insan lain....Tetapi berdepan dengan manusia yang hipokrit ini memang hampir menjadikan aku hilang kesabaran. Di saat2 sebegini aku masih bersyukur kerana pesan arwah ibu sentiasa tersemat dalam hati dan ingatan. Biar apa jua yang orang buat pada kita, jangan sesekali terlintas dalam diri kita untuk membalasnya. Cuma berdepan dengan manusia2 yang kurang memahami ini menjadikan aku dalam dilema...Daripada niat nak bantu terus aku lupakan sahaja. Mungkin tekanan hidup menjadikan mereka begitu. Aku maafkan apa jua yang mereka katakan tentang diriku. Aku belum terdesak mencari pasangan untuk menemani hari2 yang berlalu. Aku tidak terdesak untuk berteman kerana aku sentiasa dikelilingi mereka yang menyayangi aku.

Segala maklumat peribadiku di godam sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam hati ini tetap aku tahan. Kalau di ikut rasa hati pasti insan tersebut telah menemui padahnya kerana bermain api dengan aku. Justeru, aku mohon jangan diganggu kehidupan aku. Be happy with ur life n plz dont create stories about me. U know who u are....Aku tidak menyimpan segala bukti kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa jua....So, just plz get lost...Respect people if u wanna get respect from others...

Tuesday, April 1, 2014

PERISTIWA DISEBALIK APRIL FOOL...

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’ menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Ketahuilah Islam dibawa ke Sepanyol oleh sahabat Nabi s.a.w. :Tariq binZiyad r.a. bersama bala-tentara paraMuslimin(sahabat r.ahum) Mereka berdakwah kpd Kafirin di Spanyol dan Islam tersebar ke seluruh Spain.Menjelang masa… orang-orang baratKristian/Yahudi kurang senang dgn kemajuan Sepanyol dari segi sains dan ilmu. Ketahuilah bahwa Universiti pertama di dunia dibina oleh kaum Muslimin di Sepanyol !!
Maka mereka sering menyerang Sepanyol tetapi gagal kerana iman dan amal kaum Muslimin begitu teguh sekali. Mereka selalu ikuti ajaran2 Al-Quran. Islam kata solat mereka solat, tutup aurat mereka pakai tudung, tidak berzina dan minum arak. Kerana itu bantuan Allah sentiasa bersama kaum Muslimin di Sepanyol. Maka setelah beratus tahun lamanya..Muslim Sepanyol mulalah lemah. Orang barat tahu selagi kaum Muslimin ikuti ajaran Al-QurĂ¡n mereka tiada boleh takluki Sepanyol. Maka mereka hantar arak secara percuma ke Sepanyol..wanita2joget(belly dancers), menyebarkan cara pergaulan bebas dan sebagainya. Lama-kelamaan kaum Muslimin termakan juga tipu daya barat itu. Ramai antara muslimin/muslimat kaum muda Sepanyol terpengaruh dgn ala cara hidup barat hingga minum, zina dan sebagainya. Mereka terlalai dgn maksiat dan lupa pd Allah swt. Di saat-saat inilah bila Muslimin Sepanyol telah lemah maka tentera Barat serang Sepanyol dan akhirnya menang dan menakluki Sepanyol setelah Islam di Sepanyol selama 600 – 800 tahun. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol(the Moors ) terpaksa berlindung didalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini,diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapalyang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya: ( 1 April ), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka(muslimin)juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya,lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.Hanya gema takbir dan tangisan yang kedengaran namun tiada siapa yang terselamat. Granada jadi medan darah umat Islam sehingga laut berwarna merah darah. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. sebagai Umat Islam,adalah tidak wajar sama sekali untuk kita meraikan hari yang meninggalkan kenangan berdarah buat umat Islam Sepanyol. Semoga kita semua mengambil itkibar dari peristiwa ini dan tidak terikut-ikut dalam meraikannya. Dalam keadaan negara kita dihujani pelbagai ujian, ingatlah bahawa Allah SWT sedang menguji sejauh mana kita mengingatiNya. Kembali lah kepadaNya selagi masih ada waktu dan kesempatan kerana tatkala israfil meniup sangkakala pasti tidak ada seorang pun dari kita yang mampu terlepas dariNya.

Saturday, October 5, 2013

Salam Hujung Minggu...

Aku semakin menghampiri bulan-bulan terakhir dalam kursus DPA ini...
Pelbagai ujian dan dugaan dan ujian yang datang...
Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk harunginya...
Aku bersyukur kerana setiap ujian dan dugaan itu pastinya untuk menguatkan aku dan rakan-rakan di sini..
Namun...baru-baru ini hati aku turut terusik apabila melihat 2 sahabatku dalam kursus ini yang ditahan di hospital kerana sakit...
Ya Allah...semoga mereka sembuh cepat dan kembali menghabiskan kursus bersama kami semua di sini...
Aku sendiri kurang sihat dan beharap dapat dijauhkan segala yang tak baik...
Mungkin sakit ini sebagai kafarah untuk aku...
Fikir positif....huhuhu....

Oktober sudah menjelma....
Bulan yang meninggalkan kesan yang amat dalam buat aku...
111011...tarikh yang tak akan ku lupakan selamanya...
Dia pergi tinggalkan kami semua...
Selama 26 tahun kami bersama dan pada tarikh ini dia terpaksa tinggalkan kami...
Hanya Allah yang tahu keperitan dan kesedihan yang aku tanggung....
Tak ternilai jasa dan bakti yang pernah Dia curahkan buat aku...
Aku sempat menjaganya selama setahun lebih dan aku syukur dapat lakukan semua itu...
Aku melihat sendiri Dia dijemput ilahi...
Allah....semoga Dia ditempatkan dalam kalangan hambaMu yang beriman....
sesungguhnya aku teramat merindui ibuku...

Minggu lepas rakan-rakanku dari sidang Chivalry membuat pementasan Anugerah...
Pementasan tersebut begitu menyentuh hati aku sendiri...
Aku seolah terbayang saat2 mak lahirkan aku ke dunia ini...
Mendidik dan membelai aku sepenuh kasih sayang...
Ya Allah...air mata mengalir tanpa dapat aku tahan...
Aku terlalu rindukan Mak....
Aku tau abang2 dan adik2ku juga terlalu rindukan Dia...
Mak...terima kasih kerana telah melahir dan membesarkan Ida menjadi seperti hari ini...
Ramai yang kata Ida ikut sifat mak....
Alhamdulillah...segala yang baik telah mak terapkan pada Ida dan akan kekal bersama...
Al-Fatihah....

Monday, September 16, 2013

Selamat Hari Malaysia ......

Sedar tak sedar dah separuh perjalananku dalam kursus DPA ni...
Banyak yang aku lalui.....suka dan duka bersilih ganti...
semua ini mematangkan aku dalam berfikir....
Meskipun ada yang pahit dan perit namun aku tetap lalui dengan tabah...
Bersama-sama rakan seperjuangan di sini cukup membuka mata aku...
Ada di kalangan kami yang perlu tinggalkan keluarga demi untuk perkhidmatan...
Aku kagum dengan mereka....Aku kagum semangat yang mereka ada...
Semoga aku juga dikurniakan ketabahn dan semangat juang tinggi seperti mereka...
Allah hu Akbar....betapa besar dan agung kekuasaanMu...
Betapa kerdilnya aku disisi Mu....
Banyak kenangan yang aku cipta sepanjang aku disini...
Aku merangkul anugerah2 yang aku sendiri tak sangka akan dapat...
Melihat kehebatan rakan-rakan seperjuanganku cukup membuatkan aku kagum dengan mereka...
Kenangan yang aku cipta ini akanku simpan sehingga akhir hayatku...
Syukran Ya Allah......syukran atas bakat yang dianugerahkan kepada aku...

Sekarang ni kurang lebih 3 bulan sahaja lagi kami akan tempuhi kursus ini...
Semoga aku berjaya harungi sisa-sisa hari yang tinggal ini...
Allah....semoga aku terus diberi kekuatan dan ketabahan...
Berhadapan dengan mereka yang ada kalanya begitu hipokrit..
Aku mohon agar Allah tetapkan imanku.....
Agar aku tidak menjadi seperti mana mereka....
Aku juga mohon agar terus dapat bersangka baik terhadap mereka ya Allah....

Friday, May 17, 2013

Salam Jumaat...
Penghulu segala hari.......
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum aku melangkah kan kaki ke kampus Terengganu untuk kursus selama 6 bulan yang aku harus lalui.....
Macam2 perasaan yang aku rasakan.....macam2 perkara yang aku fikirkan....
mampukah aku lalui dengan baik?
bolehkah aku menjadi orang yang lebih baik?
dan macam2 persoalan lagi.....
takut, gementar, seram, sedih,gembira semuanya bercampur aduk....
Hari ini pula merupakan hari terakhir aku bekerja sebelum aku berkursus...
Aku telah ambil cuti selama seminggu sebelum aku memulakan sesi pembelajaran di tempat baharu....
Agak sedih untuk aku tinggalkan tempat yang penuh kenangan ini...
macam2 yang aku lalui.....tapi alhamdulillah....
Hampir 3 tahun disini cukup mengajar erti kesabaran serta keikhlasan dalam melakukan apa jua tugasan...
Meskipun terpalit kenangan pahit...tapi aku besyukur dapat lalui dengan baik..
Aku bersyukur kerana masih ada insan di sekeliling yang memahami keadaan dan situasi aku ketika itu...
Meskipun perit, aku tetap redha...aku yakin ujian itu Allah berikan kepada aku untuk melihat sejauhmana kesabaranku ketika itu...
Memang mengikutkan kata hati aku nak lawan...tapi aku masih ada pedoman...
Pesan arwah mak...'biar orang buat kita, jangan kita buat orang'....
InsyaAllah....anak mak ni sentiasa ingat pesanan mak tu....
Rakan2 seperjawatan, bos2 yang banyak membantu dan pengarah bahagian yang sentiasa mempercayai kebolehan aku.....
terima kasih atas tunjuk ajar kalian....
Hanya Allah yang dapat membalas budi baik kalian.
Buat insan yang pernah mengguris hati dan perasaan...
kalian telah aku maafkan.....
Bagi yang ada terasa pula...ku pohonkan kemaafan...
Biarlah kita bersederhana dalam apa jua....
Asalkan tidak mengguris hati sesiapa.....

Thursday, May 9, 2013



Sesuatu barangan itu bernilai bukan sangat kepada barangan, tetapi keadaan menentukan nilainya. 

Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam keadaan biasa, namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai kapai kelemasan. 

Demikian juga sebotol air minuman, mungkin nilainya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa. Tetapi ia akan mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir. 

Demikianlah pahala tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat, yang semua tiada bernilai melainkan pahala. 

Oleh kerana semua kita sedang menuju ke sana, maka kutiplah apa yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada saudaramu.




Memikul amanah menjadi khalifah di muka bumi ini sememangnya tuntutan yang amat besat buat kita semua...
Sedangkan sekumpulan mahu pun dalams satu keluarga pun kita tidak berupaya untuk memimpin, bagaimana mungkin kita mahu memimpin sebuah kumpulan yang besar? Sesuatu yang sukar tetapi perlu dilakukan kerana dalam apa jua keadaan kita tetap perlu menjadi pemimpin....

Pemimpin kepada diri sendiri sebelum menjadi pemimpin keluarga dan masyarakat...Pengalaman aku sendiri melihat begitu banyak keluarga yang hancur hanya kerana tidak mempunyai nakhoda yang bijak mengemudi bahtera tersebut......Ilmu perlu ada di dada sebelum memulakan pelayaran....Tak kira apa jua bentuk halangan yang akan ditempuhi sekurang-kurangnya akal yang diberikan dapat digunakan dengan sewarasnya.....

Tidak ada seorang manusia pun yang terlepas daripada melakukan kesilapan...begitu juga diriku....Namun, kita hanya mampu merancang dan Allah juga lah sebaik-baik perancang......Aku sendiri akui banyak lagi khilaf aku yang sama ada secara sedar mahu pun tidak aku lakukan.....Tetapi...aku akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk melakukan yang terbaik dan berusaha agar paling tidak aku dapat elak daripada menyakitkan dan mengguriskan hati orang lain.....

Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat ilahi................

Tuesday, May 7, 2013

Salam Selasa.....

Kurang 2 minggu dari sekarang aku akan tinggalkan tempat ni untuk menjalani latihan selama 6 bulan....
Allah hu Akbar.....am I prepared mentally n physically?huhuhu....
Entahlah...aku sndr pn x yakin.....
Harap2nya aku berjaya lalui dengan baik...InsyaAllah.....

Kebelakangan ni aku rasa sedikit sedih melihat sesama bangsa bergaduhan dan bercakaran..
Hanya kerana perbezaan ideologi politik.....
Suami Isteri bermasam muka, anak dan ayah tidak bertegur sapa.....
Adik beradik pun berbalah sesama mereka....
Allah....semoga Kau bukakan pintu hidayah buat mereka.....
Biarpun berbeza ideologi politik...jangan sesekali kita gadaikan hubungan dan ikatan yang telah terjalin...
Sepatutnya kita lebih bersikap terbuka untuk menerima dan mendengar pandangan daripada orang lain..
Aku sendiri tidaklah terlalu gemar dengan politik yang melampau...
Sedari dulu....Nabi junjungan kita juga menggunakan medan siasah ini untuk menyebarkan agama Allah...
Namun kini, ramai yang menggunakan agama Allah ini dengan niat dan tujuan yang kurang baik...
Memperlekehkan agama serta penganutnya....
Sedangkan dalam ajaran mana-mana agama pun tidak menuntut penganutnya untuk berbuat jahat serta bercakap perkara yang tidak baik kepada orang lain...
Harapan aku semoga Negara ini kekal aman....
Nasihat Ustaz Don yang paling aku suka adalah..."Bila berlaku perbalahan/konflik dan sebagainya baliklah kepada Allah dan rasul..."
Semoga lebih ramai yang sedar akan perkara ini...Biarlah negara kita kekal harmoni dan kita semua bersatu menjunjung agama Allah yang tiada tolok banding nya ini...
Allah hu Akbar.....