Nuffnang Ads

Wednesday, March 27, 2013

Alhamdulillah.......
Masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udara pagi ini.....
Masih diberi kesempatan juga oleh Allah untuk terus beribadat kepadaNya....
Semoga kita akan sentiasa berusaha melakukan apa jua yang diperintahkan dan meninggalkan apa jua yang menjadi laranganNya....
Pejam celik...pejam celik dah hampir berakhir bulan Mac tahun ni....
Terasa sekejap masa berlalu.....
Umur pun menginjak menunjukkan usia makin meningkat....
Allah hu Rabbi......how time flies......
Aku rindukan zaman kanak-kanak yang riang bermain sana sini...
Aku ingat lagi aku selalu main galah panjang..tapi di kampungku kami panggil permainan itu "Milo"..
Aku pun tak tau mana dapat nama tu..yang pasti permainan tu memang best...huhuhu...
Di kampung...arwah mak aku mengajar mengaji..so ramailah kawan2 dan anak2 jiran yang datang belajar kat rumah aku...
Aku sendiri tak terkecuali belajar sama...siap berlumba siapa khatam dulu sebab nak wat kenduri doa selamat dan majlis khatam Quran...huhu...sangat seronok aku rasa masa tu...
Tapi..semua tu hanya tinggal kenangan....owh..how I miss that moment...
Sekarang semua dah bawa hakuan sendiri...kebanyakannya dah kahwin...
Yang dah menyahut seruan ilahi pun ada...sedihnya.....
Termasuklah mak aku yang paling aku sayang becoz she's the best mum I ever had...
Die sentiasa tahu bila anak2nye memerlukannya..naluri ibu aku kan...
Dia tinggalkan kami semua pada 11 Oktober 2011...the date i wont forget...
Die menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan aku...betapa aku rasa dunia gelap saat itu..
Aku masih ingat lagi saat2 terakhir dia bersama kami...
Sehari sebelum die pergi aku dah rasa x sedap hati bila tengok tiub saluran air kecil die tak berubah dan lain dari kebiasaan..
Dia minta nak minum air durian belanda..aku keluar cari air tu tapi aku tak jumpa walaupun dah banyak kedai aku masuk...sedangkan kalau kebiasaan jus durian belanda aku boleh dapat kat giant tapi hari tu memang semuanya habis...
Malam tu abang sulung aku datang hantar buah durian belanda yang dia dapat cari sehingga ke Chow Kit..Adikku pun blend buah tersebut untuk dapatkan jus nya dan aku bagi mak aku minum...
hanya sedikit yang masuk ke dalam mulut dia kemudian dia dah ajak aku tidur..
Sebelum tidur die sebut satu persatu nama anak2 dan cucu2 die...
Malah die peluk aku erat sambil dengan susah payah meninggalkan pesan....
Jam 4am aku terjaga apabila aku rasakan kakinya sangat sejuk di pipiku...
Aku terbangun dan melihat keadaan mak...Mak cuba nak bersuara tapi sangat payah aku tengok..
Aku kejutkan abangku yang kebetulan baru sampai dari Bandung malam tu..aku kejutkan ayah dan adik-adikku..Aku call abang2ku yang lain untuk maklumkan..
Aku terus message bos bagitau emergency leave aku....
Ayah aku turut maklumkan pada saudara maraku yang lain....
Makcik aku antara yang tiba awal dan sama-sama duduk di sisi ibu aku ketika itu..Aku minta bantuan sahabat aku untuk tolong ambil adik aku yang dalam latihan di Kem Wataniah Jalan Semarak ketika itu memandangkan adikku itu sangat rapat dengan ibu aku...Die berhenti kerja hanya untuk menjaga ibu aku ketika itu memandangkan aku bekerja....
Aku menghubungi Hospist memandangkan ada nurse yang telah ditugaskan untuk memantau keadaan ibu aku..apatah lagi pihak hospital pun dah maklumkan tak dapat buat apa2 lagi pada ibu jadi tinggal di rumah adalah lebih baik untuk mak masa tu...
Jam 820 am saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir dan ketika itu aku dan abang keduaku sedang memangku kepala ibu..aku diam tak terkata apabila abangku hanya menggelengkan kepala menandakan mak dah pun tinggalkan kami...
Tak lama lepas tu abang sulung dan abangku yang keenam sampai...menangis mereka kerana selama mak sakit mereka tak pernah lupa untuk datang ke rumah atau hospital bagi sama2 jaga mak...tapi hari tu mereka agak lambat sampai dan aku tau merek sangat ralat dengan keadaan tu...
Nurse dari Hospist pun sampai untuk cabut tiub2 yang ada di badan mak...kemudian kami bawa mak ke masjid untuk dimandikan..Baru aku sedar ramai yang ada kat rumah aku masa tu...
Syukur sangat2 jiran2 dan saudara maraku datang membantu kami masa tu...Aku bersama makcik ku naik Van jenazah untuk ke masjid bagi menguruskan jenazah...
Aku mandikan ibu aku kali terakhir dengan penuh hati2 sambil air mataku mengalir tanpa henti...
Alhamdulillah...sangat senag menguruskan mak masa tu..bila selesai makcik yang bantu mandikan mak aku buka pintu dan panggil saudara mara yang nak tengok untuk kali terakhir sebelum ibuku dikafankan...
Ayah, abang2 dan adik2ku memenuhi ruang mandi jenazah untuk melihat ibu kami buat kali terakhir..
Suasana yang sangat sayu ketika membuatkan air mataku mengalir deras lalu aku keluar dari bilik itu dan memeluk makcikku yang bersandar di tiang..makcik2 ku sangat rapat dengan arwah mak memandangkan dulu arwah yang banyak jaga mereka...
Setelah selesai, jenazah ibuku dibawa ke dalam masjid untuk disembahyangkan..ramai yang hadir masa tu sampaikan kwn2 lama dan ex-bos aku pn ada sama...Aku sangat bersyukur ya Allah...
Kami bergegas pulan ke pahang untuk urusan pengkebumian ibuku..Bila sampai aku lihat sangat ramai yang ada di rumah aku memandangkan arwah mak memang sangat terkenal dengan peramah dan suka tolong orang..Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan...perjalanan kami semua pun selamat...ada jiranku yang dah masakkan untuk kami semua memandangkan tiada di antara kami yang sempat makan dari awal pagi..
Petang tu lepas selesai au sendiri tak sedar bila aku terlelap disebabkan sakit kepala yang amat sangat sampaikan ada kawanku datang dari KL pun aku tak sedar...memang pemergian mak buatkan aku terasa kehilangan yang amat sangat2...cuma aku tau aku kena kuat sebab ayahku masih memerlukan aku...
banyak pula luahan hati aku hari ini...huhuhu....

Mak...walau dimana mak sekarang...kami sentiasa doakan mak tenang dan aman disana bersama abangku yang ketiga yang juga telah meninggalkan kami....Al-Fatihah....

Tuesday, March 26, 2013



Ustaz Sayang Anda.....

Satu rancangan ilmu yang sangat bermanfaat aku kira....
Aku sendiri melihat program ini sebagai program yang membangkitkan semangat untuk berdakwah dan mengajak pada kebaikan...
Terhibur dengan lawak jenaka yang dipaparkan...
Dalam masa yang sama dapat ilmu yang mengajak pada keberkatan....
Moga lepas ni lebih banyak program sebegini yang mendapat tempat di hati masyarakat....

Fajar sidik membias murni...
membangkitkan insan menyembah sujud...
memulakan kehidupan dengan segenggam azam...
mengharap luka pengalaman dapat dirawat...

Indah gubahan mawar menyentuh rasa...
Bayu pagi mengiringi langkah penuh mesra...
Sambil awan melontar senyum penuh riang...
Moga segala yang dihasrat menjadi nyata... 

Satukan tekad beserta tawakkal...
Sulamlah sabar berbenang cinta...
Lalu dipadu jalin fana dan ghoibat...
Agar kebahagiaan hakiki sama diraih... 

Assalamualaikum.....
Pagi yang indah aku kira hari ini.....
Meskipun aku tejaga awal dari kebiasaan lantaran hujan lebat yang amat menakutkan...
Kuasa Allah yang tak terjangkau dek fikiran...
Betapa aku rasa kerdil disisiMu ya Tuhan...
Lantas aku bangun memohon keampunan....
Moga dicurah segala keberkatan....
Aku pasrah dengan ketentuan....
Biarpun terpaksa mengharungi onak dan cabaran....
Kerana aku pasti akan kebenaran mengatasi kebatilan....
Dan kekuasaanMu yang tiada tandingan....
Allah hu Rabbi...

Harapan itu sentiasa ada bagi yang sentiasa berdoa...
Jalan itu sentiasa terbentang bagi yang tidak mengenal putus asa...
Dan ketenangan itu pasti ada pada yang redha dengan ketentuanNya...






Monday, March 25, 2013

Monday BluEs.....

Isnin datang lagi.....hari yang tidak disukai kebanyakan kita....Tapi apa pun kita tetap kena lalu hari Isnin...
Minggu baharu teapi kerja yang kau buat sekarang tak berapa nak baharu lh....
Again n again edit benda yang sama.....bukan mengeluh tapi adakala mereka yang merasakan kuasa dan kedudukan itu hak mutlak jadi lupa pada perikemanusiaan......
Adakala aku rasa rindu untuk kerja lama aku semula...berdepan dengan pelbagai lapisan masyarakat dan cuba memberikan kata-kata nasihat sebaik mungkin.....
Namun...aku akur akan ketentuan Allah meletakkan aku pada kedudukan sekarang...aku bersyukur.....
Aku gembira kerana sekurang-kurangnya aku dapat berbakti pada orang2 yang aku sayang....
Sekarang pun bukan tak berdepan dengan orang ramai macam sebelum ni tapi mestilah ada perbezaannya kan...huhuhuhuh......

what to do? this is life....as time goes by..we have to face it....
Berbalik pada cerita kerja sekarang.....Aku kena edit lagi perkara yang sama...sedangkan hasilnya nanti tidaklah sampai melonjakkan ekonomi negara jadi kuasa besar dunia...
Nak tunjuk lagak dalam industri pn blm tentu....
Tapi nak buat macam mane kn...kita ni siapa..mereka pula siapa...
ibarat mentimun dan durian....
bergolek pun kena....digolek pun cedera.....
Allah.....semoga aku tak tergolong dalam golongan yang merugikan ini....
ok lah..gtg....huhu





Sunday, March 24, 2013

Pengalaman Mendewasakan Kita...

Wow....lama rasanya aku tak menulis dalam blog sendiri...hampir lupa dengan blog yang aku sendiri create long time ago......terlalu banyak perkara yang berlaku sehingga aku sendiri lupa kan kewujudan blog ni...
It has been almost 4 years.........kau sendiri melalui pelbagai ujian dan dugaan yang pastinya mematangkan aku dalam kehidupan serta menajdikan aku seperti mana sekarang....
Pelbagai kerja yang aku lakukan dan akhirnya aku menjadi seperti mana sekarang dan aku amat bersyukur ya Allah atas setiap dugaan kerana ujian dan dugaan itulah yang telah mendewasakan aku....
aku sangat suka menulis kerana itu salah satu cara meluahkan rasa dan apa yang terbuku di hati.
Kita tahu lidah merupakan senjata paling tajam dalam menentukan jatuh bangun seseorang...
Aku tak ingin menggunakan lidah ini untuk menjatuhkan orang lain....aku gunakan blog ini untuk meluahkan apa jua yang aku rasa dan memberikan kata-kata hikmah agar sedikit sebanyak dapat membina kehidupan...bukan menjatuhkan.......
InsyaAllah..........