Nuffnang Ads

Monday, October 13, 2014

Macam-Macam...

Salam Isnin...

All this while I've been in many situations...pelbagai ragam dan karenah yang pernah dilalui...
Pelbagai watak dan gaya yang aku jumpa.....Macam2 watak juga yang aku mainkan dalam cuba menjadi sebaik mungkin hamba Allah untuk membantu orang lain yang memerlukan. Seorang anak, emak, kakak, ibu saudara,adik, sahabat, perunding masalah dan macam2 yang aku jadi demi utk membuat insan d sekelilingku gembira dan bahagia....
Aku sendiri pernah melalui bagaimana pedihnya bila insan yang ku sayang di ambil orang lain... peritnya bila ibu yang jadi tempat bergantung selama ini pergi meninggalkan kami...kecewa bila insan yang dianggap sahabat mengkhianati.....Namun itu lh ragam dan rencah kehidupan yang harus dilalui demi mematangkan kehidupan.Aku bersyukur kerana dapat melalui semuanya dengan tenang dan sabar.

Namun....apa yang berlaku semenjak dua ini hampir menipiskan tahap kesabaran yang ada....belum pernah terlintas dalam hati ini ingin memegang watak sebagai perampas pula...Jauh sekali mengganggu rumah tangga insan lain....Tetapi berdepan dengan manusia yang hipokrit ini memang hampir menjadikan aku hilang kesabaran. Di saat2 sebegini aku masih bersyukur kerana pesan arwah ibu sentiasa tersemat dalam hati dan ingatan. Biar apa jua yang orang buat pada kita, jangan sesekali terlintas dalam diri kita untuk membalasnya. Cuma berdepan dengan manusia2 yang kurang memahami ini menjadikan aku dalam dilema...Daripada niat nak bantu terus aku lupakan sahaja. Mungkin tekanan hidup menjadikan mereka begitu. Aku maafkan apa jua yang mereka katakan tentang diriku. Aku belum terdesak mencari pasangan untuk menemani hari2 yang berlalu. Aku tidak terdesak untuk berteman kerana aku sentiasa dikelilingi mereka yang menyayangi aku.

Segala maklumat peribadiku di godam sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam hati ini tetap aku tahan. Kalau di ikut rasa hati pasti insan tersebut telah menemui padahnya kerana bermain api dengan aku. Justeru, aku mohon jangan diganggu kehidupan aku. Be happy with ur life n plz dont create stories about me. U know who u are....Aku tidak menyimpan segala bukti kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa jua....So, just plz get lost...Respect people if u wanna get respect from others...

No comments:

Post a Comment