Nuffnang Ads

Tuesday, March 26, 2013


Fajar sidik membias murni...
membangkitkan insan menyembah sujud...
memulakan kehidupan dengan segenggam azam...
mengharap luka pengalaman dapat dirawat...

Indah gubahan mawar menyentuh rasa...
Bayu pagi mengiringi langkah penuh mesra...
Sambil awan melontar senyum penuh riang...
Moga segala yang dihasrat menjadi nyata... 

Satukan tekad beserta tawakkal...
Sulamlah sabar berbenang cinta...
Lalu dipadu jalin fana dan ghoibat...
Agar kebahagiaan hakiki sama diraih... 

Assalamualaikum.....
Pagi yang indah aku kira hari ini.....
Meskipun aku tejaga awal dari kebiasaan lantaran hujan lebat yang amat menakutkan...
Kuasa Allah yang tak terjangkau dek fikiran...
Betapa aku rasa kerdil disisiMu ya Tuhan...
Lantas aku bangun memohon keampunan....
Moga dicurah segala keberkatan....
Aku pasrah dengan ketentuan....
Biarpun terpaksa mengharungi onak dan cabaran....
Kerana aku pasti akan kebenaran mengatasi kebatilan....
Dan kekuasaanMu yang tiada tandingan....
Allah hu Rabbi...

Harapan itu sentiasa ada bagi yang sentiasa berdoa...
Jalan itu sentiasa terbentang bagi yang tidak mengenal putus asa...
Dan ketenangan itu pasti ada pada yang redha dengan ketentuanNya...






No comments:

Post a Comment