Masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udara pagi ini.....
Masih diberi kesempatan juga oleh Allah untuk terus beribadat kepadaNya....
Semoga kita akan sentiasa berusaha melakukan apa jua yang diperintahkan dan meninggalkan apa jua yang menjadi laranganNya....
Pejam celik...pejam celik dah hampir berakhir bulan Mac tahun ni....
Terasa sekejap masa berlalu.....
Umur pun menginjak menunjukkan usia makin meningkat....
Allah hu Rabbi......how time flies......
Aku rindukan zaman kanak-kanak yang riang bermain sana sini...
Aku ingat lagi aku selalu main galah panjang..tapi di kampungku kami panggil permainan itu "Milo"..
Aku pun tak tau mana dapat nama tu..yang pasti permainan tu memang best...huhuhu...
Di kampung...arwah mak aku mengajar mengaji..so ramailah kawan2 dan anak2 jiran yang datang belajar kat rumah aku...
Aku sendiri tak terkecuali belajar sama...siap berlumba siapa khatam dulu sebab nak wat kenduri doa selamat dan majlis khatam Quran...huhu...sangat seronok aku rasa masa tu...
Tapi..semua tu hanya tinggal kenangan....owh..how I miss that moment...
Sekarang semua dah bawa hakuan sendiri...kebanyakannya dah kahwin...
Yang dah menyahut seruan ilahi pun ada...sedihnya.....
Termasuklah mak aku yang paling aku sayang becoz she's the best mum I ever had...
Die sentiasa tahu bila anak2nye memerlukannya..naluri ibu aku kan...
Dia tinggalkan kami semua pada 11 Oktober 2011...the date i wont forget...
Die menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan aku...betapa aku rasa dunia gelap saat itu..
Aku masih ingat lagi saat2 terakhir dia bersama kami...
Sehari sebelum die pergi aku dah rasa x sedap hati bila tengok tiub saluran air kecil die tak berubah dan lain dari kebiasaan..
Dia minta nak minum air durian belanda..aku keluar cari air tu tapi aku tak jumpa walaupun dah banyak kedai aku masuk...sedangkan kalau kebiasaan jus durian belanda aku boleh dapat kat giant tapi hari tu memang semuanya habis...
Malam tu abang sulung aku datang hantar buah durian belanda yang dia dapat cari sehingga ke Chow Kit..Adikku pun blend buah tersebut untuk dapatkan jus nya dan aku bagi mak aku minum...
hanya sedikit yang masuk ke dalam mulut dia kemudian dia dah ajak aku tidur..
Sebelum tidur die sebut satu persatu nama anak2 dan cucu2 die...
Malah die peluk aku erat sambil dengan susah payah meninggalkan pesan....
Jam 4am aku terjaga apabila aku rasakan kakinya sangat sejuk di pipiku...
Aku terbangun dan melihat keadaan mak...Mak cuba nak bersuara tapi sangat payah aku tengok..
Aku kejutkan abangku yang kebetulan baru sampai dari Bandung malam tu..aku kejutkan ayah dan adik-adikku..Aku call abang2ku yang lain untuk maklumkan..
Aku terus message bos bagitau emergency leave aku....
Ayah aku turut maklumkan pada saudara maraku yang lain....
Makcik aku antara yang tiba awal dan sama-sama duduk di sisi ibu aku ketika itu..Aku minta bantuan sahabat aku untuk tolong ambil adik aku yang dalam latihan di Kem Wataniah Jalan Semarak ketika itu memandangkan adikku itu sangat rapat dengan ibu aku...Die berhenti kerja hanya untuk menjaga ibu aku ketika itu memandangkan aku bekerja....
Aku menghubungi Hospist memandangkan ada nurse yang telah ditugaskan untuk memantau keadaan ibu aku..apatah lagi pihak hospital pun dah maklumkan tak dapat buat apa2 lagi pada ibu jadi tinggal di rumah adalah lebih baik untuk mak masa tu...
Jam 820 am saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir dan ketika itu aku dan abang keduaku sedang memangku kepala ibu..aku diam tak terkata apabila abangku hanya menggelengkan kepala menandakan mak dah pun tinggalkan kami...
Tak lama lepas tu abang sulung dan abangku yang keenam sampai...menangis mereka kerana selama mak sakit mereka tak pernah lupa untuk datang ke rumah atau hospital bagi sama2 jaga mak...tapi hari tu mereka agak lambat sampai dan aku tau merek sangat ralat dengan keadaan tu...
Nurse dari Hospist pun sampai untuk cabut tiub2 yang ada di badan mak...kemudian kami bawa mak ke masjid untuk dimandikan..Baru aku sedar ramai yang ada kat rumah aku masa tu...
Syukur sangat2 jiran2 dan saudara maraku datang membantu kami masa tu...Aku bersama makcik ku naik Van jenazah untuk ke masjid bagi menguruskan jenazah...
Aku mandikan ibu aku kali terakhir dengan penuh hati2 sambil air mataku mengalir tanpa henti...
Alhamdulillah...sangat senag menguruskan mak masa tu..bila selesai makcik yang bantu mandikan mak aku buka pintu dan panggil saudara mara yang nak tengok untuk kali terakhir sebelum ibuku dikafankan...
Ayah, abang2 dan adik2ku memenuhi ruang mandi jenazah untuk melihat ibu kami buat kali terakhir..
Suasana yang sangat sayu ketika membuatkan air mataku mengalir deras lalu aku keluar dari bilik itu dan memeluk makcikku yang bersandar di tiang..makcik2 ku sangat rapat dengan arwah mak memandangkan dulu arwah yang banyak jaga mereka...
Setelah selesai, jenazah ibuku dibawa ke dalam masjid untuk disembahyangkan..ramai yang hadir masa tu sampaikan kwn2 lama dan ex-bos aku pn ada sama...Aku sangat bersyukur ya Allah...
Kami bergegas pulan ke pahang untuk urusan pengkebumian ibuku..Bila sampai aku lihat sangat ramai yang ada di rumah aku memandangkan arwah mak memang sangat terkenal dengan peramah dan suka tolong orang..Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan...perjalanan kami semua pun selamat...ada jiranku yang dah masakkan untuk kami semua memandangkan tiada di antara kami yang sempat makan dari awal pagi..
Petang tu lepas selesai au sendiri tak sedar bila aku terlelap disebabkan sakit kepala yang amat sangat sampaikan ada kawanku datang dari KL pun aku tak sedar...memang pemergian mak buatkan aku terasa kehilangan yang amat sangat2...cuma aku tau aku kena kuat sebab ayahku masih memerlukan aku...
banyak pula luahan hati aku hari ini...huhuhu....
Mak...walau dimana mak sekarang...kami sentiasa doakan mak tenang dan aman disana bersama abangku yang ketiga yang juga telah meninggalkan kami....Al-Fatihah....
No comments:
Post a Comment