Sesuatu barangan itu
bernilai bukan sangat kepada barangan, tetapi keadaan menentukan nilainya.
Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam
keadaan biasa, namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang
yang sedang terkapai kapai kelemasan.
Demikian juga sebotol air minuman, mungkin
nilainya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa. Tetapi ia akan mencecah ribuan
ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir.
Demikianlah pahala tidak dirasai nilainya sewaktu
di dunia, berbanding di akhirat, yang semua tiada bernilai melainkan pahala.
Oleh kerana semua kita sedang menuju ke sana, maka
kutiplah apa yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada
saudaramu.
Memikul amanah menjadi khalifah di muka bumi ini sememangnya tuntutan yang amat besat buat kita semua...
Sedangkan sekumpulan mahu pun dalams satu keluarga pun kita tidak berupaya untuk memimpin, bagaimana mungkin kita mahu memimpin sebuah kumpulan yang besar? Sesuatu yang sukar tetapi perlu dilakukan kerana dalam apa jua keadaan kita tetap perlu menjadi pemimpin....
Pemimpin kepada diri sendiri sebelum menjadi pemimpin keluarga dan masyarakat...Pengalaman aku sendiri melihat begitu banyak keluarga yang hancur hanya kerana tidak mempunyai nakhoda yang bijak mengemudi bahtera tersebut......Ilmu perlu ada di dada sebelum memulakan pelayaran....Tak kira apa jua bentuk halangan yang akan ditempuhi sekurang-kurangnya akal yang diberikan dapat digunakan dengan sewarasnya.....
Tidak ada seorang manusia pun yang terlepas daripada melakukan kesilapan...begitu juga diriku....Namun, kita hanya mampu merancang dan Allah juga lah sebaik-baik perancang......Aku sendiri akui banyak lagi khilaf aku yang sama ada secara sedar mahu pun tidak aku lakukan.....Tetapi...aku akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk melakukan yang terbaik dan berusaha agar paling tidak aku dapat elak daripada menyakitkan dan mengguriskan hati orang lain.....
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat ilahi................
No comments:
Post a Comment