Nuffnang Ads

Tuesday, May 7, 2013

Salam Selasa.....

Kurang 2 minggu dari sekarang aku akan tinggalkan tempat ni untuk menjalani latihan selama 6 bulan....
Allah hu Akbar.....am I prepared mentally n physically?huhuhu....
Entahlah...aku sndr pn x yakin.....
Harap2nya aku berjaya lalui dengan baik...InsyaAllah.....

Kebelakangan ni aku rasa sedikit sedih melihat sesama bangsa bergaduhan dan bercakaran..
Hanya kerana perbezaan ideologi politik.....
Suami Isteri bermasam muka, anak dan ayah tidak bertegur sapa.....
Adik beradik pun berbalah sesama mereka....
Allah....semoga Kau bukakan pintu hidayah buat mereka.....
Biarpun berbeza ideologi politik...jangan sesekali kita gadaikan hubungan dan ikatan yang telah terjalin...
Sepatutnya kita lebih bersikap terbuka untuk menerima dan mendengar pandangan daripada orang lain..
Aku sendiri tidaklah terlalu gemar dengan politik yang melampau...
Sedari dulu....Nabi junjungan kita juga menggunakan medan siasah ini untuk menyebarkan agama Allah...
Namun kini, ramai yang menggunakan agama Allah ini dengan niat dan tujuan yang kurang baik...
Memperlekehkan agama serta penganutnya....
Sedangkan dalam ajaran mana-mana agama pun tidak menuntut penganutnya untuk berbuat jahat serta bercakap perkara yang tidak baik kepada orang lain...
Harapan aku semoga Negara ini kekal aman....
Nasihat Ustaz Don yang paling aku suka adalah..."Bila berlaku perbalahan/konflik dan sebagainya baliklah kepada Allah dan rasul..."
Semoga lebih ramai yang sedar akan perkara ini...Biarlah negara kita kekal harmoni dan kita semua bersatu menjunjung agama Allah yang tiada tolok banding nya ini...
Allah hu Akbar.....

No comments:

Post a Comment